CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 7, 2009

Objektif utama analisis perniagaan ialah untuk menilai perniagaan semasa Parkson dan untuk

mengenalpasti sistem yang diperlukan dalam melaksanakan objektif perniagaan. Struktur

analisis perniagaan adalah seperti di bawah:

  1. Analisis SWOT
    • Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Perniagaan Parkson
    • Untuk mengenalpasti elemen – elemen peluang dan ancaman Parkson
  1. Analisis Kritikan Faktor – faktor Kejayaan
    • Analisis ini dijalankan untuk menginterpretasikan objektif perniagaan dalam pada untuk memberi tindakbalas yang diperlukan oleh mereka.
    • Daripada analisis CSF, yang penting ialah system ISb untuk mencapai CSF tersebut akan di pertimbangkan dan akan menjadi sebahagian daripada perancangan strategic.
  1. Imbangan Analisis Skorkad
    • Untuk memeriksa prestasi daripada perspektif Kewangan, Pelanggan, Perniagaan Inovasi dan Dalaman, dan Pembelajaran.
    • Untuk memantapkan objektif di setiap perspektif dan pengukuran di setiap objektif.
  1. IS Memerlukan Analisis
    • Daripada imbangan objektif skorkad analisis, IS diperlukan untuk setiap objektif yang telah dikenalpasti..
    • IS memerlukan keputusan analisis yang akan menjadi sebahagian daripada perancangan strategik IS.


ANALISIS SWOT

1) Kekuatan

· Pengalaman pekerja

Kebanyakan pekerja Parkson mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun bekerja dengan Parkson. Staf merupakan aset terpenting syarikat dimana operasi akan lebih mudah diuruskan oleh mereka. Staf tersebut sentiasa komited dan keadaan ini boleh mengelakkan berlakunya kesilapan besar dalam operasi. Syarikat juga melaburkan masa dan wang dalam melatih pekerja dan kekal dalam membentuk mereka.

· Lokasi yang baik

Kesemua stor Parkson terletak di kawasan yang strategik terutamanya di kawasan Bandar dan kawasan perumahan. Pelanggan boleh akses ke stor Parkson dengan senang. Kebanyakan stor Parkson terletak di kawasan membeli – belah dengan sebahagian daripadanya merupakan penyewa yang tetap dan kukuh dalam kompleks.

· Latarbelakang kewangan yang kukuh

Pada waktu ini, Parkson mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan juga disokong oleh Lion Group. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, pihak pengurusan boleh membuka cawangan baru di Malaysia.

· Kualiti Produk Barangan

Parkson telah dikenali dengan jenama runcit di Malaysia. Pada masa ini, Parkson telah menjual kualiti produk barangan kepada pelanggan. Produk barangan niaga yang ditawarkan merupakan bahan yang berjenama dengan harga yang berpatutan. Barang – barang niaga tersebut telah dipesan daripada pembekal tempatan dan juga pembekal antarabangsa.

· Sokongan daripada vendor

Parkson mempunyai hubungan yang kuat dengan vendor semenjak ia beroperasi. Sokongan yang baik daripada vendor sangat penting kepada syarikat untuk berjaya dalam industri dimana syarikat boleh mendapatkan harga yang terendah dan pada masa yang sama syarikat juga membantu vendor secara tidak langsung.

2) KELEMAHAN

· Kadar lantikhenti pekerja yang tinggi

Walaupun Parkson mempunyai staf yang berpengalaman , tetapi syarikat masih berdepan dengan kadar lantikhenti pekerja yang tinggi terutamanya untuk tahap bukan eksekutif iaitu juruwang, pembantu jualan, dan penyelia. Ia berlaku di bahagian operasi syarikat di level stor.

· Kos operasi yang tinggi

Syarikat ini menekankan kos operasi yang tinggi terutamanya apabila ada stor baru yang dibuka. Kos yang tinggi tersebut termasuklah pembelian barang – barang niaga, peralatan IT, gaji, bil – bil elektrik dan air.

· Persaingan persekitaran pasaran

Hari ini, banyak pesaing yang wujud dalam industri ini di Malaysia. Persekitaran ini akan mempengaruhi keuntungan dan pasaran syarikat dimana syarikat perlu mengenalpasti strategi untuk meningkatkan hasil atau keuntungan.

3) Peluang

· Pembukaan pusat membeli – belah yang baru

Dengan adanya pembukaan pusat membeli – belah yang baru, ia akan memberi peluang kepada Parkson untuk membuka cawangan baru. Pengurusan kompleks sanggup untuk bekerja bersama dengan

· Jaringan yang kuat dalam perniagaan

Syarikat mempunyai jaringan yang kuat dalam industri dan disokong oleh syarikat Lion Group.

· Mengambil alih syarikat runcit yang lain

Parkson juga mempunyai strategi untuk mengambil alih pesaing runcit yang lain. Pada 2004, Parkson telah mengambil alih Aktif Lifestyle Bhd dan memiliki 5 cawangan Aktif Lifestyle.

4) ancaman

· Pesaing – tempatan dan peruncit asing

Dengan persekitaran pasaran semasa, ancaman datangnya daripada pesaing dalam industri seperti Metrojaya, Jusco, Isetan, The Stores dan Sogo. Selain itu,ada juga pesaing asing seperti Giant, Tesco, dan Carrefour.

· Ketidakstabilan harga minyak dalam pasaran – peningkatan kos bahan – bahan mentah

Ketidakstabilan harga minyak di pasaran sekarang menyebabkan kos bahan mentah meningkat dan mempengaruhi operasi syarikat

· Penghapusan FTA (Free Trade Agreements) diantara Malaysia dan USA

FTA akan menyebabkan banyak jenama antarabangsa akan masuk ke dalam pasaran Malaysia dan akan menjualnya dengan harga yang rendah di pasaran tempatan. Ia akan mempengaruhi pengeluaran produk tempatan oleh syarikat.

0 comments: